Wednesday 23 March 2011

Terengganu terus cemerlang SPM

KUALA TERENGGANU 23 Mac - Terengganu terus cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 dengan pencapaian gred purata 5.03 berbanding 5.17 pada 2009.

Pengecilan gred itu menunjukkan prestasi yang semakin meningkat dalam pelbagai aspek termasuk jumlah calon yang memperoleh A+ dalam semua subjek melonjak kepada 17 daripada lima orang tahun sebelumnya.

Seramai 23,561 calon menduduki SPM di negeri ini dan peratusan calon memperoleh A iaitu kombinasi A+, A dan A- dalam semua subjek meningkat 0.57 peratus kepada 405 orang berbanding 283 pada tahun sebelumnya.

Pencapaian itu diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tok Jiring di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah Pelajaran negeri, Razali Daud.

Pada majlis itu, Ahmad turut menyampaikan sumbangan komputer riba kepada 17 pelajar cemerlang tersebut.

Sebanyak tujuh buah sekolah muncul sekolah cemerlang di negeri ini yang mencapai gred purata sekolah (GPS) 2.25 ke bawah berbanding hanya enam sekolah pada 2009.

Sekolah-sekolah tersebut ialah Sekolah Menengah (SM) Sains Kuala Terengganu, SM Imtiaz Kuala Terengganu, Sekolah Menengah Agama (SMA) Atas Sultan Zainal Abidin, SM Imtiaz Dungun, Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Batu Rakit, SM Sains Dungun dan SM Sains Sultan Mahmud.

Sekolah Menengah Agama (SMA) Tok Jiring pula muncul sebagai sekolah terbaik di Terengganu bagi kategori pencapaian calon paling ramai memperoleh A+ dalam semua subjek yang diambil iaitu seramai empat orang.

Empat pelajar SMKA Tok Jiring itu ialah Wan Nuraisyah Azzaharah Wan Zuki @ Wan Zubir, Nurul Shahirah Putih, Nur Zulaikha Ismail dan Faizah Omar yang mendapat 11A+ dan merupakan antara 17 pelajar yang dapat A+ dalam semua subjek.

Seramai 13 lagi pelajar cemerlang ialah Nurliyana Athirah Azmi dari SMA Atas Sultan Zainal Abidin memperoleh 11 A+.

Enam pelajar dapat 10A+ iaitu Nurain Nabilah Mat Rawi dari SMK Tengku Lela Senggara, Raja Akif Raja Zahirudin dari SMK Rantau Petronas dan Fatin Fazzrini Marzuki dari SMK Lembah Bidong .

Mohd. Firdaus Abd. Rashid, Damian Liew Wen Xian dan Wong Yujing dari SMK Sultan Sulaiman .

Dua pelajar SM Sains Kuala Terengganu iaitu Norshahiratul Atiqah Mohd. Zaidi dan Yusuf Abdullah Azman turut mendapat keputusan yang sama.

Empat pelajar mendapat 9A+ mereka ialah Nurul Diyana Mat Zaidi dari SM Sains Sultan Mahmud, dua pelajar SMK Sultan Ismail 2 iaitu Chong Hui Ken dan Lim Fang Sheng serta Goh Chow Ching dari SMK Tengku Mahmud.

No comments:

Post a Comment