Friday 11 March 2011

Amaran Tsunami Melanda Terengganu

Amaran berjaga-jaga!!!

Kemungkinan TSUNAMI melanda.  

TOLONG JAUHI KAWASAN PANTAI.!!!!

Terutama penduduk di kawasan pantai Kuala terengganu dan seantara dengannya

Read more: http://anime4nz.blogspot.com/2011/03/amaran-tsunami-jauhi-aktiviti-di-pantai.html#ixzz1GJMojWXH

Gempa bumi di Jepun: Polis Terengganu pantau pantai
11/03/2011 10:40pm

KUALA TERENGGANU 11 Mac – Pasukan peronda polis di semua Ibu Pejabat Polis Daerah di Terengganu telah diarahkan untuk memantau sepanjang pesisir pantai Terengganu mulai petang tadi.
Pegawai Bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, ASP Shuhaimi Jusoh berkata, ia dibuat sebagai langkah berjaga-jaga kemungkinan laut bergelora dan ombak besar ekoran gempa bumi kuat yang melanda Jepun hari ini.
Gempa bumi kuat bermagnitud 8.9 pada skala Richter yang melanda Pantai Timur Honshu, Jepun pada pukul 1.46 petang hari ini, dilapor mencetuskan fenomena tsunami setinggi 10 meter.
"Rondaan dibuat bagi memantau keadaan setelah mendapat arahan daripada Bukit Aman.
"Walaupun kita mungkin tidak terjejas dengan kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun, kita tetap berjaga-jaga dan pasukan peronda akan menasihatkan penduduk agar tidak melakukan aktiviti seperti mandi-manda di pantai berikutan jangkaan paras air akan naik,” kata Suhaimi.
Beliau berkata, rondaan akan dibuat sehingga tengah malam ini bergantung kepada arahan seterusnya. – Bernama

Read more: http://anime4nz.blogspot.com/2011/03/amaran-tsunami-jauhi-aktiviti-di-pantai.html#ixzz1GJMojWXH

Rondaan polis di pesisir pantai langkah waspada - KPN

12/03/2011 4:48pm

KUALA TERENGGANU 12 Mac - Penduduk terutamanya di kawasan tepi pantai tidak perlu panik dengan langkah polis mengadakan rondaan di pesisiran pantai beberapa negeri susulan kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun semalam.
Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar berkata, langkah itu diambil sebagai langkah berjaga-jaga dan waspada dalam menghadapi sebarang kemungkinan.
"Langkah membuat rondaan ini sebagai persediaan agar kita tidak kelam-kabut sekiranya sesuatu bencana, apa saja bencana alam yang mungkin menimpa negara kita.
"Tetapi ingin saya jelaskan bahawa dari segi kajiannya negara kita tidak terjejas daripada insiden ini (kejadian gempa bumi di Jepun) dan saya harap orang ramai tidak panik,” katanya.
Beliau ditemui selepas menyempurnakan pemakaian pangkat Pegawai Kehormat Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Kor Suksis) di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini hari ini. Turut hadir Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa. - Bernama

No comments:

Post a Comment