Terengganu
adalah salah sebuah daripada tiga negeri di pantai timur. Ia terletak
di bahagian timur semenanjung Malaysia, betul-betul menghadap Laut China
Selatan. Negerinya sungguh makmur dan tenteram. Daripada ketiga-tiga
negeri di pantai timur, Terengganu boleh dikatakan negeri yang paling
kaya dengan hasil lautan dan sumber mineral yang melimpah ruah.
Showing posts with label warisan terengganu. Show all posts
Showing posts with label warisan terengganu. Show all posts
Friday, 27 November 2015
Sunday, 16 November 2014
Fosil Dinosaur Ditemui Di Hulu Terengganu
KUALA TERENGGANU: Sekumpulan penyelidik dan pensyarah beberapa
universiti menemui fosil dinosaur termasuk tapak kaki, tulang dan gigi
di Gunung Gagau, Hulu Terengganu dalam satu ekspedisi bulan lalu.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman, berkata penemuan
membanggakan itu adalah hasil ekspedisi yang dinamakan Ekspedisi
Gagau-Menjejak Dinosaur 2014.
Beliau berkata, ekspedisi dilaksanakan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dan Kumpulan Warisan Geologi yang dianggotai pensyarah dan penyelidik beberapa universiti tempatan bersama Jabatan Perhilitan dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) itu dijalankan pada 13 hingga 23 Oktober lalu.
![]() |
| Haiwan Iguanodon, rangka dan tapak kaki |
Beliau berkata, ekspedisi dilaksanakan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dan Kumpulan Warisan Geologi yang dianggotai pensyarah dan penyelidik beberapa universiti tempatan bersama Jabatan Perhilitan dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) itu dijalankan pada 13 hingga 23 Oktober lalu.
Friday, 15 August 2014
Bunga Pakma atau Rafflesia, sejenis tumbuhan unik dengan bunga
terbesar dan taburan sangat terhad di dunia ditemui di ladang
penyelidikan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Pasir Akar, Besut
beberapa hari lalu.
Pensyarah Fakulti Pertanian, Bioteknologi dan Sains Makanan UniSZA, Norhayati Ngah menyifatkan penemuan itu membuka ruang kepada penyelidikan spesies tersebut di samping tumbuhan tradisi yang lain.
“Belum pernah penemuan sebegini dilaporkan di sini dan ini suatu khazanah alam yang berharga. Kajian boleh dilakukan dari segi ekologi, pemulihan atau pengekalan termasuk melalui pembiakan.
“Difahamkan, tumbuhan ini yang mudah melalui proses pereputan jika disentuh tidak boleh hidup apabila diambil atau dipindahkan ke tempat lain manakala pembiakannya berlaku secara semula jadi.
“Dalam kalangan masyarakat kita, bunga Pakma dikaitkan sebagai tumbuhan herba terutama bagi kegunaan wanita. Justeru, kajian lebih mendalam mengenai potensinya boleh dijayakan kelak,” katanya semalam.

Sunday, 10 August 2014
Daerah Kuala Nerus
DAERAH BARU KUALA NERUS TUNGGU KEPUTUSAN KABINET
Usaha kerajaan negeri untuk menjadikan Kuala Nerus sebagai daerah pentadbiran ke lapan di Terengganu sudah sampai ke peringkat akhir.
Kuala Nerus akan diwartakan sebagai daerah penuh setelah mendapat keputusan kabinet, kata Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abdu Rahman.
“Keputusan daripada KSN (Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa) kita sudah dapat, tiada masalah. Soal perjawatan sudah selesai, cuma tunggu keputusan kabinet,” katanya kepada media semalam.
Beliau berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri UMNO Bahagian Kuala Nerus di Gong Badak. Turut hadir, Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Dato’ Basir Ismail dan Naibnya, Apli Yusoff.

Monday, 30 December 2013
Asal usul Tasik Kenyir, Terengganu
JEJAK SEJARAH 9 buah kampung yang 'tenggelam' di dasar Tasik Kenyir
Lama sebelum ditenggelami air, dasar Tasik Kenyir yang suatu ketika dahulu subur dan permai
pernah menjadi sebahagian daripada kawasan penempatan penduduk terawal
di Hulu Terengganu.
Walaupun tidak lagi menjadi sebutan, nama-nama kampung seperti Melor, Keliok, Berching, Petang, Mentong, Melaka, Kuala Terenggan, Kerbak dan Belimbing pasti akan kedengaran apabila ada yang menjejak sejarah empangan hidro-elektrik itu.
Namun kini cerita masyarakat yang dahulu berkampung jauh di hulu Sungai Terengganu itu bukan sesuatu yang diketahui umum. Kebanyakan kisah-kisah lisan yang turun dari generasi ke generasi itu semakin dilupakan.

Thursday, 20 June 2013
Asal Usul Nama Setiu, Terengganu
* Asal-Usul Nama Setiu
ASAL-USUL NAMA SETIU
* Terbitnya nama Setiu adalah berasal daripada nama seorang pahlawan
Bugis. Peperangan antara Belanda dengan Bugis telah berlaku dalam
tahun-tahun 1770an. Dalam peperangan tersebut pihak Belanda telah
mendapat kemenangan. Dengan kekalahan Bugis ini menyebabkan ramai
orang-orang Bugis lari meninggalkan negeri mereka. Antara orang-orang
Bugis tersebut termasuklah Tok Setiu. Tok Setiu merupakan seorang
Panglima Raja Bugis. Antara faktor yang menyebabkan beliau lari selain
daripada kalah berperang ialah kerana beliau tidak mahu hidup bertuankan
Belanda. Setelah beberapa lama belayar Tok Setiu dan orang-orangnya pun
tiba di Terengganu. Negeri Terengganu pada masa itu di bawah
pemerintahan Sultan Ahmad II iaitu Sultan Terengganu yang ke X (1875
hingga 1881).
* Apabila Tok Setiu mendarat ke Terengganu, beliau
pun menemui baginda Sultan Ahmad untuk memohon menumpang tinggal di
Terengganu, beliau menceritakan perihal kedatangannya dan segala pahit
maung semasa dalam pelayaran.
* Baginda Sultan Ahmad II telah
bersetuju dan perkenankan permohonan Tok Setiu dan orang-orangnya. Lalu
Baginda titahkan kepada Tok Setiu supaya mencari tempat yang sesuai
untuk dibuat perkampungan.
* Setelah meninjau kawasan-kawasan di
Negeri Terengganu, beliau telah memilih sebuah tempat dan dinamakan
Kampung Bukit Tok Setiu. Disinilah tempat Tok Setiu dan orang-orangnya
berkampung dan menjalankan kerja-kerja harian mereka.
* Pada
peringkat awal pendudukan Tok Setiu di Kampung Bukit Setiu, beliau telah
dilantik sebagai Ketua Kampung. Dalam pada inilah Tok Setiu mendapat
tentangan daripada Tok Itam dan orang-orangnya kerana berebut satu
kawasan. Oleh kerana tidak mendapat kata sepakat dan tolak ansur antara
mereka berdua, lalu berlakulah peperangan yang amat hebat selama 7 hari 7
malam. Dalam peperangan tersebut pihak Tok Setiu hampir menerima
kekalahan.
* Memandangkan hal yang demikianlah Tok Setiu memohon
bantuan daripada Tok Serban Kuning dari Mukim Batu Bertindan, Bukit
Mahsuri. Dengan bantuan yang diberikan oleh Tok Serban Kuning maka pihak
Tok Itam telah mengalami kekalahan. Kemenangan Tok Setiu telah
mengukuhkan lagi kedudukanya sebagai Ketua di Kampungnya dan menyebabkan
pengaruh beliau semakin kuat dan pengikutnya bertambah ramai.
*
Kekalahan Tok Itam telah menyebabkan anak buahnya menyimpan dendam dan
mereka telah membuat batas sempadan dengan menanam suatu azimat.
Tujuannya adalah untuk mencegah daripada kemasukan binatang-binatang
daripada kampung lain. Ini jelas terbukti apabila seseorang yang hendak
membawa masuk kerbau dan lembu dengan tujuan untuk membelanya ataupun
kenduri kendara, binatang itu apabila melangkah saja ke garis sempadan
tersebut terus mati. Peristiwa ini telah berlaku berulang-ulang kali.
* Semasa pemerintahan Tok Setiu, beliau telah meninggalkan banyak
jasa antaranya membuat tandak-tandak sungai adalah bertujuan untuk
memudahkan pengaliran air dari sungai ke sawah-sawah. Pekerjaan
penduduk-penduduk pada masa itu hinggalah sekarang ialah bertanam padi
dan menoreh getah.
* Selain daripada bertugas sebagai Ketua
Kampung, Tok Setiu juga berperanan sebagai guru silat dimana ramai
penduduk-penduduknya yang belajar denganya. Dikatakan bahawa persilatan
menjadi pokok utama dalam kehidupan penduduk kampung Bukit Tok Setiu
ialah kerana adanya satu temasya pertandingan silat. Temasya ini telah
diadakan pada tiap-tiap tahun.
* Tok Setiu meninggal dunia setelah
bertikam dengan adiknya disebabkan oleh fitnah dan dikuburkan
berhampiran dengan rumahnya yang terletak di bawah sepohon Berangan.
Pokok Berangan telah ditebang manakala batu nisan tidak dapat dikesan.
Kawasan perkampungan Tok Setiu sekarang telah dipenuhi dengan
pokok-pokok getah dan semak samun.
* Kemasyuran nama Tok Setiu
telah mendorong kepada penduduk-penduduk kamping menamakan tempat itu
sebagai SETIU hinggalah sekarang menjadi satu Daerah.
* Tok Setiu
memainkan peranan yang besar dalam sejarah kehidupannya dan banyak
jasa-jasa yang ditinggalkan oleh beliau. Hiburan seperti bersilat, Mak
Yong, main gasing, berlaga kerbau turut diadakan di kampungnya. Tok
Setiu meninggal dunia setelah bertikam dengan adiknya disebabkan oleh
fitnah dan dikuburkan berhampiran dengan rumahnya di bawah sepohon pokok
berangan.
Sunday, 7 April 2013
Tanjak, Destar, Tengkolok Terengganu
TANJAK LANG MELAYANG
Destar ini dipakai oleh pembesar-pembesar Negeri Terengganu yang bergelar Datuk. Destar ini terkenal sebagai solek Lang Melayang dan hanya dipakai pada majlis tertentu sahaja.
TANJAK LAKSAMANA TERENGGANU
Destar yang di perbuat daripada kain songket berwarna hitam berbenang emas ini berasal dari Terengganu. Pada mas dahulu, ia menjadi pakaian hulu rasmi Laksamana Terengganu. Warna rasminya adalah biru yang melambangkan laut selaras dengan tanggungjawab Laksamana mengawal laut. Pada masa sekarang ikatan jenis ini dipakai oleh Menteri Besar Terengganu sebagai pakaian rasmi di majlis adat istiadat di istana Terengganu.
DESTAR DATUK BIJA DI RAJA
Orang Besar Lapan Negeri Terengganu memakai destar yang digelar ikat lilit Datuk Bija Diraja. Kain yang digunakan berwarna hitam dan perak.
TANJAK TEMALONG BUDU
Destar jenis ini biasanya dipakai oleh pegawai-pegawai kerajaan pangkat rendah dan orang biasa di Negeri Terenganu apabila mengadap D.Y.M.M. Sultan Terengganu untuk menerima anugerah pingat atau kurniaan negeri.
TANJAK DAGANG SAKIT DI RANTAU
Ada juga Datuk-datuk di Negeri Terengganu yang memakai destar yang diberi nama Dagang Sakit Di Rantau berwarna kelabu dan perak.

Subscribe to:
Posts (Atom)