Terengganu
adalah salah sebuah daripada tiga negeri di pantai timur. Ia terletak
di bahagian timur semenanjung Malaysia, betul-betul menghadap Laut China
Selatan. Negerinya sungguh makmur dan tenteram. Daripada ketiga-tiga
negeri di pantai timur, Terengganu boleh dikatakan negeri yang paling
kaya dengan hasil lautan dan sumber mineral yang melimpah ruah.
Sejarah yang panjang
Sejarah Terengganu
adalah amat panjang. Kuala Terengganu dipercayai telah dihuni dan
didiami sekurang-kurang pada abad ke-10 masihi. Catatan cendekiawan
daripada China seperti’Ling-wai-Tai-ta’ karangan Cao Cu Fei tahun 1178,
menyebut’Teng-ya-nu’. Buku ’Cu-fan-Cih’ karangan Cao Ju Kua
tahun1226 ada menyebut pula ‘Teng-ya-nung’. Ramai ahli sejarah tempatan
berpendapat sama ada Coa Cu Fei atau Coa Ju Kua, kedua dua mereka
tersebut merujuk kepada kedua-dua kepada nama Tengganu atau sekarang
dikenali Terengganu.
Pengaruh Islam
Terengganu dicatatkan
sebagai negeri yang menerima pengaruh Islam paling awal di Tanah Melayu.
Penemuan batu bersurat oleh seorang pendagang dan pendakwah Islam, Syed
Hussein Ghulam al-Bukhari pada 1902 di Kuala Berang telah membuktikan
bahawa Islam telah sampai di Terengganu sekurang-kurangnya pada abad
ke-12 masihi. Menurut Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas, tarikh
sebenar batu ini adalah pada Jumaat, 4 Rejab 702 H, bersamaan dengan 22
Februari 1303 masihi.
Negeri alim-ulama
Terengganu memiliki
tradisi melahirkan ramai para alim ulama yang bertaraf wali. Antaranya
adalah Tokku Pulau Manis(Sheikh Abdul Malik), Sheikh Abdul Qadir Bukit
Bayas(Sheikh Abdul Qadir bin Abdur Rahim al-Fathani), Tokku Tuan
Besar (Saiyid Muhammad bin Saiyid Zainal Abidin), Tok Sheikh
Duyung(Sheikh Wan Abdullah bin Muhammad Amin al-Fathani), Tuan Guru Cik
Umar Besut(Haji Umar bin Cik Ahmad) Tokku Paloh(Saiyid Abdur Rahman bin
Saiyid Muhammad al-Aidrus), Tok Ku Melaka(Saiyid Ahmad bin Saiyid
Muhammad al-Aidrus) dan Haji Abdul Rahman Limbong.
Di kalangan ulama yang
dicatatkan ada yang mempunyai jalur keturunan yang sama seperti Tokku
Tuan Besar adalah bapa kepada Tokku Paloh dan datuk saudara kepada Tokku
Melaka. Ada pula di kalangan mereka adalah guru kepada ulama-ulama
lain. Misalnya, Sheikh Abdul Qadir Bukit Bayas adalah guru kepada Tokku
Tuan Besar dan Tokku Paloh adalah guru kepada Haji Abdul Rahman Limbong.
Kesinambungan alim ulama di Terengganu masih lagi berjalan sehingga ke
hari ini dengan lahirnya beberapa ulama yang digelar ‘Tuan Guru’ seperti
Tuan Guru Haji Hadi Abdul Awang, Tuan Guru Haji Mamat Merbau Patah,Tuan
Guru Haji Abas Kuala Besut dan ramai lagi.
No comments:
Post a Comment