TANJAK LANG MELAYANG
Destar ini
dipakai oleh pembesar-pembesar Negeri Terengganu yang bergelar Datuk.
Destar ini terkenal sebagai solek Lang Melayang dan hanya dipakai pada
majlis tertentu sahaja.
TANJAK LAKSAMANA TERENGGANU
Destar yang
di perbuat daripada kain songket berwarna hitam berbenang emas ini
berasal dari Terengganu. Pada mas dahulu, ia menjadi pakaian hulu rasmi
Laksamana Terengganu. Warna rasminya adalah biru yang melambangkan laut
selaras dengan tanggungjawab Laksamana mengawal laut. Pada masa sekarang
ikatan jenis ini dipakai oleh Menteri Besar Terengganu sebagai pakaian
rasmi di majlis adat istiadat di istana Terengganu.
DESTAR DATUK BIJA DI RAJA
Orang Besar
Lapan Negeri Terengganu memakai destar yang digelar ikat lilit Datuk
Bija Diraja. Kain yang digunakan berwarna hitam dan perak.
TANJAK TEMALONG BUDU
Destar jenis
ini biasanya dipakai oleh pegawai-pegawai kerajaan pangkat rendah dan
orang biasa di Negeri Terenganu apabila mengadap D.Y.M.M. Sultan
Terengganu untuk menerima anugerah pingat atau kurniaan negeri.
TANJAK DAGANG SAKIT DI RANTAU
Ada juga Datuk-datuk di Negeri Terengganu yang memakai destar yang diberi nama Dagang Sakit Di Rantau berwarna kelabu dan perak.
No comments:
Post a Comment