KEUNIKAN dan keindahan alam semula jadi di Pulau Perhentian,
Terengganu menjadikan ia antara pulau yang popular di kalangan pelancong
tempatan dan luar negara.
Pulau yang terbahagi kepada dua iaitu Pulau Perhentian Besar dan
Perhentian Kecil bukan saja diliputi hutan hujan tropika, tetapi
menjanjikan keindahan dasar laut yang mempesona ditambah dengan adanya
kawasan yang dikhaskan sebagai taman laut.
Terletak 21 kilometer dari pinggir pantai Terengganu, pulau ini di
mempunyai populasi seramai 2,163, namun kini yang menetap di pulau itu
hanya 1,950 seramai penduduk saja.
Pulau Perhentian satu ketika dulu tidak mempunyai nama yang khusus.
Bagaimanapun, apabila ia sering menjadi lokasi persinggahan pelayar
dan kapal dagang dari China dan Singgora, Selatan Thailand, Pulau itu
dinamakan sebagai Pulau Perhentian yang bermaksud pulau tempat kapal
berhenti.
Malah, sehingga kini ia masih menjadi persinggahan kapal termasuk
bot nelayan apabila ombak besar dan angin kencang terutama pada musim
monsun Timur Laut antara Oktober hingga Mac.