KUALA TERENGGANU: Sekumpulan penyelidik dan pensyarah beberapa
universiti menemui fosil dinosaur termasuk tapak kaki, tulang dan gigi
di Gunung Gagau, Hulu Terengganu dalam satu ekspedisi bulan lalu.
|
Haiwan Iguanodon, rangka dan tapak kaki |
Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman, berkata penemuan
membanggakan itu adalah hasil ekspedisi yang dinamakan Ekspedisi
Gagau-Menjejak Dinosaur 2014.
Beliau berkata, ekspedisi dilaksanakan oleh Jabatan Mineral dan
Geosains Malaysia dan Kumpulan Warisan Geologi yang dianggotai pensyarah
dan penyelidik beberapa universiti tempatan bersama Jabatan Perhilitan
dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) itu dijalankan pada 13
hingga 23 Oktober lalu.